Khamis, 14 Jun 2012
posted by indah.com on 14 Jun 2012
Refugio County Sheriff
Isabel Chavalo Gutierrez died while raping a 77-year-old woman
CHICAGO - Seorang lelaki di Texas mati semasa dia merogol seorang wanita berusia 77 tahun, lapor media tempatan.
Lelaki Texas itu, Chavelo Gutierrez, 53, memecah masuk ke rumah wanita berkenaan dengan bersenjatakan pisau dan menyerangnya.
Namun, akhbar Corpus Christi Caller melaporkan
semasa dia sedang merogol wanita tersebut, Gutierrez mengadu dia berasa
tidak sihat dan berhenti melakukan hubungan seks untuk berehat.
Lelaki tersebut kemudian mahu meneruskan perlakuan tidak senonoh itu tetapi dia kemudian jatuh tergolek dan meninggal dunia.
Wanita itu pada mulanya menyangka dia sudah meninggal dunia kerana mabuk disebabkan bau minuman keras pada nafasnya.
Selepas perogol itu meninggal dunia, wanita tersebut meninggalkan
rumahnya dengan memandu sebuah kereta sebelum meminta bantuan daripada
anak perempuannya.
Para penyiasat percaya, perogol itu mati kerana serangan jantung selepas
dia menunggang basikal sejauh 3.21 kilometer ke rumah wanita berkenaan
dalam cuaca panas. - AFP
No comments:
Post a Comment