Friday, June 15, 2012

Bayar wang tebusan RM500,000

myMetro
SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan dan pembantunya yang diculik sekumpulan lelaki di Kuala Selangor, Isnin lalu dibebaskan selepas keluarga lelaki terbabit membayar wang tebusan RM500,000, kelmarin.
Ahli perniagaan berusia 40 tahun dan pembantunya berusia 30 tahun itu dibebaskan dengan selamat tanpa cedera.

Difahamkan, kumpulan daripada lima penculik itu menghubungi keluarga ahli perniagaan berkenaan meminta wang tebusan RM1 juta jika mahu mangsa dibebaskan.
Namun, hasil rundingan keluarga dan suspek, wang tebusan dikurangkan kepada RM500,000 dan diserahkan di satu tempat yang tidak diketahui.

Sumber berkata, sebaik menerima wang tebusan berkenaan, ahli perniagaan dan pembantunya itu dibebaskan di satu tempat di Rawang, kelmarin.

Polis yang dimaklumkan kejadian itu menubuhkan satu pasukan khas dan hasil siasatan lanjut menahan seorang suspek, malam kelmarin bersama wang tebusan yang diterima.
Menurut sumber, polis kini giat menjejaki empat lagi suspek yang masih bebas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah sewaktu dihubungi enggan mengulas.

No comments:

Post a Comment