Friday, June 15, 2012

Muhyiddin Tidak layan desakan Anwar untuk istihar harta

sinar harian

15 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak perlu melayan permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya mengisytiharkan hartanya.

Muhyiddin berkata, desakan beberapa pihak supaya Anwar mengisytiharkan hartanya sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan beliau (Muhyiddin).


“Ini tuntutan daripada pertubuhan bukan kerajaan). Bila media tanya, saya hanya beri penjelasan. Anwar sendiri harus tampil dan jawab semua dakwaan itu, betul atau tidak.


Apa kena mengena dengan saya?,” katanya selepas majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di sini, semalam.


Muhyiddin berkata, sekiranya Anwar pemimpin yang berintegriti, beliau tidak seharusnya membuat rakyat terus tertanya-tanya mengenai dakwaan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment