myMetro
CARI BUKTI...anggota polis menyiasat tempat kejadian.
LUKA...tangan Md Amin cedera terkena parang.
ALOR GAJAH: Dua penyamun belasan tahun bersenjatakan parang dan
penyapu, berlagak baik apabila menasihatkan sepasang suami isteri warga
emas supaya tidak tinggal bersendirian selepas menyamun mereka di rumah
pasangan itu di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi
semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, penjenayah dipercayai menceroboh
melalui bumbung bahagian dapur rumah ketika pesara guru, Md Amin Ismail,
74, tidur dalam bilik manakala manakala isterinya, Fatimah Mohamad, 80,
berada di bilik air.
“Saya tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi benda jatuh
sebelum seorang lelaki menutup muka dengan baju datang mencekak leher
saya dan menyuruh diam.
“Seorang lagi penyamun membawa isteri masuk ke bilik dan mengikat tangannya serta mulut disumbat dengan kelambu kerana banyak cakap,” kata Md Amin.
“Seorang lagi penyamun membawa isteri masuk ke bilik dan mengikat tangannya serta mulut disumbat dengan kelambu kerana banyak cakap,” kata Md Amin.
No comments:
Post a Comment