15 Jun 2012
Mesej Twitter Tunku Ismail, semalam.
SENAI - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menegur
ahli politik supaya tidak memecahbelahkan rakyat di Johor demi
kepentingan diri sendiri.
Baginda bertitah, Johor adalah sebuah negeri yang berdaulat yang mempunyai raja dan kerajaannya sendiri sejak 1885 sebelum adanya negara bernama Malaysia.
“Dan kepada rakyat Johor, janganlah senang sangat terpengaruh dan merosakkan keamanan negeri untuk individu-individu yang tamak dan gila kuasa yang sanggup menipu dan menganiaya kehidupan rakyat.
“Sebagai rakyat Johor, kami harus sentiasa bersatu dan ingat ‘muafakat itu berkat,” titah baginda menerusi mesej Twitter, semalam

No comments:
Post a Comment