Salhan K Ahmad
WAWANCARA Timbalan
presiden PKR Azmin berkata beliau tidak akan berganjak dari sokongannya
kepada ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim walau keluarganya
sendiri "hancur" dan diaibkan.
Katanya beliau terpaksa berdepan perkara itu kerana tidak menyokong Umno dan konsisten dengan Pakatan Rakyat.
"Kalau
ini harga yang perlu saya bayar untuk bawa perubahan, saya sanggup
membayar, biar saya dihina diaib tapi rakyat dan negara mesti
diselamatkan," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Beliau
juga sanggup mengharungi perkara itu demi mempertahankan Anwar,
sedangkan beliau juga boleh menyokong Mahathir pada 2 September 1998 -
ketika Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan
menteri kewangan.
"Saya
kena pilih antara Dr Mahathir atau Anwar. Bukan pilihan mudah. Dua
tokoh utama negara yang perlu saya pilihan maka saya pilih pertahan
kebenaran.
"Walaupun
saya lalui kesengsaraan, masuk lokap keluar lokap, saya didakwa,
dihina, keluarga saya hancur kerana pilihan yang saya buat.
"Tapi bagi saya itu pilihan yang perlu saya buat untuk pertahan kebenaran," katanya.
'Isu keluarga jangan dipolitikkan'
Azmin
berkata, beliau langsung tidak terkesan dengan dakwaan berkenaan yang
antara lainnya mempertikaikan hubungan darah beliau dengan anaknya.
"Lihatlah apa yang mereka lakukan kepada isteri dan anak saya. Selepas 14 tahun masih ulang fitnah sama, sehingga hari ini.
"Apa yang anda mahu saya lakukan? Saya sudah buat bahagian saya. Saya sudah dapatkan keputusan dua ujian DNA.
"Adakah
mereka berminat dengan kebenaran? Tidak. Mereka hanya berminat untuk
mengulangi fitnah dan penipuan untuk memburukkan imej pemimpin Pakatan,"
katanya lagi.
Perkara
itu juga yang mendorong anak perempuannya untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang undang-undang, setelah melalui dakwaan berkenaan sejak 14
tahun lalu.
Ditanya
mengenai hubungannya dengan Umi Hafilda, adiknya yang kini giat
mengadakan ceramah anti-Anwar, Azmin berkata beliau tidak mahu terlibat
dalam kancah pertikaian dengan Ummi di media.
"Kalau
dia pilih (ulas di media) tak apa lah, saya tak mahu terlibat. Saya
yakin institusi keluarga ini wajar disejahterakan, diharmonikan, bukan
diaibkan dalam media. Saya cukup tak bersetuju hal ini.
"Apa sahaja masalah keluarga, jangan dipolitikkan dan diaibkan dalam media," katanya.Kerengga
No comments:
Post a Comment