Tuesday, June 5, 2012

MANGSA ROGOL CERITAKAN DETIK-DETIK DIA LEPASKAN DIRI DARIPADA PEROGOL DAN PENCULIKNYA DI THE CURVE, DAMANSARA!!!



PETALING JAYA: Seorang pereka aplikasi telefon pintar bernasib baik selepas
berjaya melepaskan diri dalam kejadian samun dan cubaan culik serta cubaan
merogol di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah terkenal di Mutiara
Damansara, di sini, Ahad lalu.

Dalam satu kenyataan di laman sosial, facebook yang dikeluarkan wanita berusia
20-an itu semalam, dia menyatakan rasa bersyukur kerana berjaya melepaskan
diri walaupun berdepan dua lelaki bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 5.30
petang itu.

Menceritakan semula kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Chin berkata,

dia yang baru selesai membeli-belah seorang diri meletakkan barangan dibelinya
dalam kereta milik teman lelakinya apabila didatangi seorang lelaki meletakkan
pisau di leher dan menutup mulutnya.

Tambah Chin lagi dalam blognya :
“I told them they could take everything, just to let me go. But at that point
they didn't even ask for money. Instead, one of the men started to make
sexual advances.
“Then it hit me: Oh my God. Oh my God. This is really happening. I'm being
kidnapped and I think I know what they want',” she wrote.


“Saya menunggu masa sesuai untuk membuka pintu sebelum melompat keluar.
Lelaki yang duduk di sebelah saya berjaya menarik saya masuk ke dalam semula.

“Bagaimanapun, pintu kereta yang terbuka memberikan saya peluang untuk

terus keluar sambil bergelut dengan lelaki terbabit.

“Ketika itu, saya terdengar jeritan pemandu supaya rakannya itu melepaskan

saya dan membiarkan saya melarikan diri,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan
Meor Hamdan Meor Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan
kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

dhanian.blogspot.com

No comments:

Post a Comment