Tuesday, June 5, 2012

Mengapa Nizar Dan Facebooker Kena Tindakan, Tapi Kosmo Lepas??


Tuesday, June 05, 2012



Kes penghinaan terhadap institusi diraja Johor di Facebook masih tidak berkesudahan.

Terbaru, kemuliaan hati Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa tinggi untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Isnin lalu disifatkan perbuatan membazirkan wang rakyat oleh satu pemilik akaun Facebook.


Pemilik akaun terbabit juga dipercayai menggunakan gambar seorang remaja perempuan bagi mengaburi pihak berkuasa.


Difahamkan, pemilik akaun terbabit telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berunsur menghina institusi diraja Johor serta PDRM sebelum ini, sebelum dinyahaktifkan beberapa bulan lalu.


Bagaimanapun, akaun terbabit dipercayai telah diaktifkan semula pada bulan lepas.


Pemerhatian
Kosmo! di laman sosial berkenaan semalam mendapati akaun itu masih aktif.

Ketua Polis Johor, Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan Facebook itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pada pukul 4.33 petang kelmarin.


Menurut beliau, pihaknya kini sedang menyiasat perkara tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


"Kita akan siasat laman ini yang dilaporkan mengandungi maklumat palsu termasuk jika ada unsur hasutan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Johor di sini semalam.



Tetapi ironinya, akhbar yang sama (Kosmo!) memaparkan karikatur di atas yang terang-terang menghina Sultan Johor tetapi langsung tidak ada tindakan malahan dibenarkan pula menyiarkannya tanpa rasa bersalah?

Jauh sekali kenyataan Nizar Jamaluddin yang hanya bersuara sebagai rakyat Malaysia dan sudah pun memohon maaf sedangkan Kosmo lebih brutal dan angkuh tidak langsung bersalah?


Apakah PDRM 'double standard' dalam tindakannya kerana Kosmo! adalah akhbar keluaran Utusan Melayu (M) Berhad yang dimiliki Umno maka ia lepas dari sebarang tindakan undang-undang?


Sekiranya pemimpin Pakatan Rakyat seperti Nizar mengeluarkan kenyataan sedemikian, bagai tak cukup tanah pemimpin Umno-APCO membuat laporan polis.


Tetapi mengapa pemimpin Umno-APCO, jika ada, tak pulak buat perkara yang sama, atau paling cikai pun anggota polis sendiri yang buat laporan?


Bukankah sekarang itu kerja mereka seperti yang diarahkan oleh bos mereka yang diarahkan pemimpin Umno-APCO sendiri setiap kali isi ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan kunun boleh menggugat keselamatan awam? JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment