Harakahdaily
| Dr. Syed Azman Syed Ahmad, | 16 Jun 2012 |
Proses
pengundian bagi setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir berjalan
tenang bermula pada pagi Sabtu ini. Adalah dijangkakan lebih 60 peratus
penduduk seluruh Mesir dari kalangan 50 juta pengundi yang layak
mengundi secara automatik setelah melepasi usia 18 tahun akan sekali
lagi membuang undi bagi memilih Presiden yang baru selepas jatuhnya
rejim Hosni Mubarak.
Secara umumnya proses pendaftaran undi secara automatik ini banyak
menyelesaikan pelbagai masalah seperti yang berlaku di negara kita.
Rakyat Mesir tidak perlu bersusah payah mendaftar undi melalui SPR.
Mereka secara automatik menjadi pengundi apabila mencapai usia 18 tahun.
Setiap pengundi pula hanya perlu membawa kad pengenalan mereka di
tempat mengundi dan mereka di periksa pengesahan layak mengundi
berpandukan nama yang ada dalam pendaftaran pengundi secara automatik
setelah mencapai usia 18 tahun.
Walaupun pengundi yang layak mengundi di anggarkan lebih 50 juta,
proses pendaftaran undi secara automatik juga banyak menyelesikan
masalah seperti yang berlaku di negara kita Malaysia.
Ia dapat mengurangkan isu seperti semakan nama pengundi yang terpaksa
di buat oleh setiap parti yang bertanding di bawah ‘pondok panas
pengundi’, nama pengundi yang hilang dan pendaftaran nama yang
bertindih.

(Rakyat Mesir dari pelbagai golongan mengundi untuk memilih presiden baru mereka)
Begitu juga dengan proses ‘celup jari’ yang dapat memastikan setiap
pengundi hanya mengundi satu kali sahaja dan dapat menyelesaikan isu
membuang undi dua kali dan pengundi hantu seperti yang sering berlaku di
negara kita.
Di Mesir, setiap pengundi yang telah membuang undi di wajibkan
mencelup jari mereka bagi menandakan bahawa mereka telah selesai
membuang undi.
Malah, Parlimen Mesir baru-baru ini juga telah mengeluarkan ketetapan
bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi
lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan.
Proses pengiraan ini di kawal-selia oleh seorang hakim dan
wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi
tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri
oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi di sepanjang tempoh
pengundian.
Namun proses pengundian pusingan kedua ini calon dari Freedom and
Justice Party (FJP), Dr. Mohamed Morsi terpaksa berhadapan dengan
cabaran besar kemungkinan penipuan yang dilakukan oleh golongan yang
setia kepada bekas Presiden Mubarak.
Begitu juga pihak tentera SCAF yang melakukan pelbagai usaha dan
cara bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka Ahmad Syafik akan menang
dalam pilihanraya ini.
Syafik juga telah diberikan pelbagai publisiti oleh media barat
terutamanya BBC dan CNN ‘sebagai calon penyelamat’ bagi membangun semula
Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak.
Namun pimpinan FJP telah mengambil pendekatan ‘kalahkan fuloul
saki-baki Mubarak melalui peti-peti undi’. Mereka tetap yakin bahawa
kekuatan jentera pilihanraya daricalon FJP akan dapat menyekat penipuan
besar-besaran serta dapat menyaingi jentera yang didokong oleh pihak
tentera SCAF dan saki baki penyokong Mubarak.
Pemuda-pemuda FJP kini menjaga setiap peti undi dari di cemari.
Keputusan tidak resmi hanya dijangka akan dapat diketahui pada malam
Ahad ini. Walaupun berhadapan dengan penipuan, FJP tetap berkeyakinan
bahawa ‘Kuasa Rakyat’ akan dapat mengalahkan saki-baki penyokong Mubarak
yang menguasai hampir setiap institusi di Mesir termasuk polis dan
tentera. Sama-sama kita tunggu dan lihat...
No comments:
Post a Comment