myMetro
KLANG: Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang
hanya dikaitkan dengan golongan dewasa semakin membimbangkan banyak
pihak kerana dikesan boleh mengancam golongan pelajar sekolah.
Jika gejala ini tidak dipandang serius, ia mungkin menular kepada
pelajar kerana wujud laporan daripada pihak sekolah kes di mana murid
tahun dua di Petaling Perdana ditangkap kerana meliwat di dalam tandas
sekolah, baru-baru ini.
Penolong Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Perdana, Wan Fauziah Wan Abdullah berkata, kurang didikan agama dan perhatian ibu bapa serta penggunaan Internet tanpa kawalan menjadi pendorong berlakunya gejala ini.
“Empat kes membabitkan pelajar diterima sejak Januari hingga awal
Jun lalu dan pihak kami akan memanggil pelajar terbabit untuk diberi
kaunseling.
“Ibu bapa turut dipanggil bagi memastikan perbuatan anak mereka diketahui dan pemantauan berpanjangan boleh dilakukan untuk mengekang perbuatan sama berulang,” katanya ketika ditemui pada program Seminar Keibubapaan Isu LGBT, di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Sementara itu, Mohd Puad meminta semua pihak, terutama ibu bapa dan
guru, memantau gejala LGBT yang ditunjukkan oleh pelajar bagi mencegah
ia menjadi fenomena dan gaya hidup masyarakat.
Menurutnya, walaupun perbincangan mengenai LGBT masih taboo di kalangan masyarakat, mereka tidak harus berasa malu membincangkannya isu itu bersama anak kerana ia bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada mereka.
“Kita berharap program seminar seperti ini bukan saja dapat memberi
penerangan mengenai gejala LGBT, tetapi kita mahu masyarakat, terutama
ibu bapa dan guru, mencegah ia daripada terus menular,” katanya.
No comments:
Post a Comment