Permohonan
siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan,
menurut perbadanan tersebut.
Seorang pegawai PTPTN ketika
dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa
perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.
Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
Tinjauan Malaysiakini
di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman
kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."
Ruangan
forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian
Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi
pinjaman kepada pelajar Unisel.
Perkara itu dinyatakan salah
seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1"
ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar
Unisel pada 8 Mei lalu.
Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."
Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."
Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr
Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba
memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.
Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan.
Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi.
"Kita
sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan.
Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi
mereka semula," katanya.
Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.
"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.
"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.
No comments:
Post a Comment