Thursday, June 21, 2012

Skandal Scorpene: Zahid perlu jawab di Mahkamah Perancis bukan Parlimen Malaysia

(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 21 Jun: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu menjawab mengenai penjualan
dokumen rahsia tentera laut dalam urusniaga pembelian Scorpene di Mahkamah Perancis bukan sekadar di Parlimen
Malaysia.
Menyambut baik hasrat itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua bagaimanapun berkata, skandal tersebut telah menjadi isu antarabangsa dan tidak sesuai untuk dijawab di Parlimen.
“Kami memang mengharapkan kementerian memberi kerjasama penuh dalam skandal berkenaan. Tetapi apa yang lebih penting mereka perlu tampil ke prosiding di Perancis. Tidak cukup sekadar menjawab pertuduhan di sini (sambil menunjukkan Dewan Rakyat),” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Ahli Parlimen Batu itu turut menuntut jaminan kerajaan membenarkan peguam yang mengendalikan kes berkenaan masuk ke negara ini tanpa sebarang halangan dan ugutan.
Katanya, jaminan itu perlu diucapkan oleh Zahid sendiri di Parlimen atau menulis surat rasmi kepada peguam berkenaan.
“Baru-baru ini, Jabatan Imigresen berkata, tiada sekatan terhadap William Bourdon (peguam Perancis) untuk masuk ke Malaysia. Jadi kita nak dengar sendiri komitmen daripada kerajaan atau menteri yang bertanggungjawab,” kata Tian.
Dalam sidang media semalam, Zahid berkata, beliau akan menjawab isu Scorpene pada persidangan Dewan Rakyat, 26 Jun ini.

Hujung Mei lalu, Joseph Breham, seorang lagi peguam yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan, dokumen sulit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijual kepada syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS dalam urusan pembelian Scorpene.

Pada sidang medianya di Bangkok Thailand, Breham berkata, syarikat berkenaan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd yang dimiliki Abdul Razak Baginda, kononnya untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial.
Hakim yang menyiasat kes berkenaan juga dikatakan mahu mengetahui tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada DCNS.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/

No comments:

Post a Comment