PERAK
8 JULAI: Tiga artis terkenal antara sebilangan rakyat yang menyertai
demontrasi mendesak kerajaan Umno BN membebaskan 45 tahanan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting di sini, hari ini.
Mereka
ialah Arbaiyah Abdul Manan atau terkenal dengan nama Abby Abadi, Hairie
Othman dan Man Raja Lawak, selain 200 lagi rakyat lain termasuk
pemimpin Pakatan Rakyat.
Sekalipun pernah berada di pentas ‘glamour’, mereka bersama-sama
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan aktivis
lain, dalam panas terik melaungkan slogan mendesak tahanan ISA dibebas
seberapa segera.
Malah, ketiga-tiga artis itu turut memberi ucapan ringkas termasuk mengutuk kezaliman yang diamal regim Umno BN melalui ISA.
Peserta demontrasi juga membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien
sebagai simbol protes.
Sebelum ini, Najib membuat pengumuman memansuhkan ISA tetapi tahanan
sehingga kini, tidak dibebaskan manakala sepupunya pula mempersenda
mogok lapar melalui twitternya.
Dalam
pada itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan
Anang, kesal kerana tahanan yang mengadakan mogok lapar, diugut supaya
menghentikan tindakan mereka, selain dihalang menemui peguam dan ahli
keluarga mereka.
“Jika pentadbiran Najib enggan membebaskan ke semua tahanan ISA, kami bercadang mengadakan himpunan protes dalam masa terdekat.
“Ada peserta mogok terpaksa menghentikan mogok lapar kerana ditekan
selain dinafi rawatan perubatan akibat menghidap penyakit Hepatitis B,”
katanya kepada Keadilan Daily.
* Gambar sumbangan Kak Zumrah, Nashita.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment