Monday, 16 July 2012
Bonus Raya 2012 Kakitangan Awam : Kalau melihat semula
laporan Berita Semasa mengenai bonus raya kakitangan awam yang bertajuk “Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minima RM 500 Untuk
Kakitangan Awam!“,
kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM2 billion bagi memberikan bosnu
raya 2011 kepada kalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Itu
beritahun tahun 2011, bagaimana pula dengan bonus raya 2012 kakitangan
awam?
Pasti
ada yang mengatakan, mengapa perlu diberikan lagi kepada kalangan
kakitangan kerajaan sedangkan mereka baru sahaja menerima kenaikan gaji
antara 7-13% awal tahun ini. Takkanlah nak minta lagi bonus raya 2012 pula? Jawapan
kami mudah sahaja.
Inilah waktu dan ketika yang terbaik
untuk menghantar sebarang cadangan dan permintaan kepada pihak kerajaan.
Nah…inilah masanya. Apatah lagi Malaysia sekarang ini dalam kehangatan
menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka berlaku tidak
lama lagi. Desas-desus ada mengatakan, kemungkinan besar selepas
Hari Raya Aidilfitri 2012 kali ini. Benarkah? Sama-sama kita
nantikan selagi tidak keluar sebutir pun pengumuman daripada Datuk Seri
Najib Razak.
Tuntutan Cuepacs : Bonus Raya 2012 Kakitangan Kerajaan
Mungkin atas pertimbangan ini jugalah, Cuepacs melancarkan satu lagi tuntutan kepada pihak kerajaan :
Tuntutan bonus raya 2012 Aidilfitri untuk 1.4 juta kakitangan kerajaan di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada hari ini (Isnin)Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.
Dan hati kecil kami kuat merasakan
kakitangan awam akan mendapat bonus raya 2012 kali ini. Dan samada dapat
atau tidak bukan lagi menjadi menjadi persoalan utama sebenarnya kerana
lebih terarah kepada persoalan, berapa jumlahnya yang bakal
diagihkan oleh kerajaan bagi bonus raya 2012 kali ini?
- Adakah bonus sebulan gaji?
- Adakah pemberian bonus raya 2012 sebanyak RM500?
- Ataupun mungkin lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini?
- Atau anda ada cadangan lain yang dirasakan relevan?
Kalau dapat bonus raya 2012
kali ini, Alhamdulillah bukan? Walaubagaimanapun, andaikata tidak dapat
janganlah menjadikan ia alasan membuatkan diri kita tiba-tiba kurang
produktif pula jadinya..Kami jangkakan pada raya kali ini kalangan
penjawat awam amnya dan rakyat Malaysia umumnya akan mendapat tempias
bonus raya bukan sahaja kerajaan pusat tetapi juga kita akan melihat
perlumbaan mengagihkan duit raya oleh setiap kerajaan negeri kepada
setipa kakitangannya….
P/S : Apa pandangan dan harapan kakitangan awam di sini mengenai
tuntutan bonsu raya 2012 kali ini untuk anda semua?


No comments:
Post a Comment