lipasmalas

SELALU
sangat ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh samseng upahan terdiri
daripada mat rempit yang menunggang motorsikal secara berkumpulan
untuk membuat bising di kala ceramah berlangsung.
Pernah sebelum ini
samseng-samseng upahan seperti ini membaling mercun, melontar batu malah
ada yang berani menyerang orang, contohnya kisah Samseng Jalan
Kebun dulu rujuk sini [Ketua
samseng].
Namun lain halnya
dengan kisah salah seorang samseng upahan yang mengganggu ceramah Anwar
Ibrahim di Langkawi semalam, apa punya malang nasib dia telah
ditangkap kerana mengganggu ceramah.
Difahamkan samseng
itu nyaris-nyaris dipukul oleh orang ramai, mujur ada pihak
yang menenangkan, kalau tidak memang jadi lempeng kena bedal.
Bagaimanapun,
samseng itu dikatakan mengaku telah diupah oleh parti lawan untuk
menganggu ceramah Anwar Ibrahim, dia kemudiannya dihantar ke Balai
Polis.
Di bawah ini
rakaman video ketika samseng upahan itu ditangkap
Klik untuk
menonton video: MiLo
SuaM
No comments:
Post a Comment