Zainal Abidin Nor

KUALA SELANGOR: Berdasarkan
bilangan manusia yang membanjiri Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat
negeri Selangor di Stadium Kuala Selangor malam tadi seolah-olah pusat
pentadbiran negara sudah ditawan Pakatan Rakyat.
Penyertaan lebih 20,000
penyokong dan ahli PAS bersama para pemimpin Pakatan bagaikan cerminan
peristiwa Dataran Tahrir di mana ratusan anak muda dan rakyat Mesir
keluar untuk menggulingkan rejim zalim Presiden Hosni Mubarak.
Kalau di
negeri-negeri lain hanya penyokong dan pemimpin PAS sahaja yang hadir
tetapi berbeza dengan lanskap penyertaan rakyat yang mewarnai Stadium
Kuala Selangor ini.
Kehadiran para
pemimpin selain dari PAS seperti Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan
Ismail, Ahli Parlimen Seputeh DAP Teresa Kok dan bekas menteri Umno Tan
Sri Kadir Sheikh Fadhil memberi satu identiti nasional kepada suatu
perjuangan melibatkan rakyat dari semua peringkat umur dan warna kulit.
Para pemimpin PAS
yang hadir ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya I
PAS Selangor Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Iskandar
Abdul Samad, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Pilihan Raya
PAS Dr Hatta Ramli.
Dan tidak
ketinggalan turut hadir ialah Sheikh Ismail Abdul Hamid dari Ikwanul
Muslimin yang mewakili Presiden Mesir Dr Mohamad Morsi.
Sambutan yang
diberikan terhadap perhimpunan ini seolah-olah menggambarkan Putrajaya
sudah ditawan atau sekurang-kurangnya memberi harapan dan keyakinan
bahawa perjalanan ke Putrajaya sudah semakin dekat dan hampir pasti
menjadi kenyataan.
Keghairahan
penyokong dan pemimpin yang hadir dapat disimpulkan daripada kata-kata
Mohamad Sabu di akhir ucapannya.
Beliau berkata
jika pilihan raya umum kali ini tidak dijalankan secara bersih dan adil
maka “kita akan bawa Dataran Tahrir ke Malaysia,” sambil mendapat
tepukan gemuruh dari para hadirin.
Kadir yang sudah
bergelumang dalam parti Umno selama 56 tahun mengungkapkan kata-kata
yang tidak diduga, “saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini”
sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.
Sheikh Ismail
ketika berucap berkata, sekiranya beliau adalah rakyat Malaysia sudah
pasti beliau akan menjadi ahli PAS, sambil menyifatkan kehadiran malam
tadi sebagai sesuatu yang beliau tidak duga.
Melayu yang jahat
Terdahulu, Mohamad
Sabu hadir pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Presiden PAS bersama ahli
Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) di Dewa MBSA, Paya Jaras Kawasan Subang.
Dalam ucapannya beliau berkata,
Rasulullah saw melarang para pengikutnya (umat Islam) bercakap atau
berjuang atas dasar perkauman atau asobiyyah.
“Melayu yang jahat
kita mesti lawan. Umno yang menyokong puak-puaknya yang zalim dan
melakukan rasuah serta kejahatan, kita mesti lawan.
“Apabila rumah
(Pengerusi Bersama Bersih) Dato’ S Ambiga kena ‘serang’ dengan
mendirikan gerai daging burger dan senaman punggung, orang-orang PASlah
yang mengawal rumah dan menjaga keselamatannya,” ujar beliau, sambil
disorak oleh para hadirin.
Pada akhir majlis,
Mat Sabu menyampaikan bantuan berupa barangan makanan keperluan harian
kepada golongan miskin daripada masyarakat India dan Cina yang
bermastautin di sekitar Paya Jaras.
KERENGGA
No comments:
Post a Comment