Friday, August 10, 2012

Bekas Pegawai Kementerian, VIP Antara Bakal Sertai PAS

SENAI – Seorang bekas pegawai tinggi yang memegang jawatan dalam kementerian dijangka akan menyerahkan borang untuk menyertai Pas, Sabtu ini.Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed  mengesahkan perkara itu membabitkan pesara awam yang berasal dari Muar, mengikut jejak beberapa pegawai atasan kerajaan sebelum ini yang berlaku di negeri lain untuk menyertai Pas.

Beliau juga mendedahkan beberapa individu termasuk individu bergelar ‘Datuk’ bakal menjadi ahli Pas seumur hidup, dalam tempoh terdekat.“Majlis pengistiharaan dan penyerahan borang pesara 57 tahun ini  dijadualkan akan berlangsung pada Sabtu ini jam 9.30 malam di Kompleks Pas Kawasan Batu Pahat, Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat. Majlis ini bersempena sambutan Badar Qubra Peringkat Pas Negeri Johor.
"Lelaki ini yang telah dua tahun bersara datang ke rumah empat hari lalu, dan menyatakan hasrat untuk menjadi ahli Pas seumur hidup.“Perkara ini merupakan khabar gembira sekaligus memberi impak kepada rakyat Johor keseluruhan dan penerimaan perjuangan Pas oleh mereka khususnya yang pernah berkhidmat dengan kerajaan,”katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.Mohfodz berkata, terdapat dua, tiga calon ahli pas bakal menyertai parti itu selepas Aidilfitri termasuk seorang ahli perniagaan bergelar ‘datuk’.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit dan berkata alasan yang penyertaan mereka kerana yakin dengan perjuangan Pas.Mahfodz juga tidak menolak kemungkinan bekas penjawat awam ini akan dipilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13. 
"Alasan mereka kerana cukup yakin dengan perjuangan Pas, kerana mereka ini sudah lama berkhidmat dalam kerajaan dan tahu banyak masalah dalam pentadbiran lalu memilih Pas.“Mereka menyertai Pas bukan kerana mahukan jawatan kerana mereka sudah tidak bersara dan berkepentingan itu perkara seperti itu, sokongan terhadap Pas adalah memberi ikrar taat setia dan memperkukuhkan parti ini,” katanya. ~sinarharian

No comments:

Post a Comment