GAMBAR
menunjukkan Susan Sykes memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu
daranya dalam satu program bakat televisyen di Jerman baru-baru ini.
BERLIN - Seorang wanita, Susan Sykes menunjukkan kekuatan ototnya
yang luar biasa apabila dia memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan
payu daranya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berumur 49 tahun bukan sahaja memecahkan kayu itu tetapi juga
buah tembikai dan meleperkan tin minuman bir dalam satu program bakat
televisyen di Jerman.
Aksi Sykes yang memiliki payu dara besar dengan saiz 46H itu mengagumkan
penonton televisyen baru-baru ini.
Sebelum ini dia pernah dilabelkan sebagai satu ancaman ke atas Amerika
Syarikat kerana seorang penonton mati kerana serangan jantung apabila
melihat aksinya di televisyen.
"Dia (Sykes) memang amat mengagumkan tetapi anda tidak akan mahu berada
di belakangnya apabila dia berlari untuk menaiki bas," kata seorang
penonton televisyen. - Agensi
Sumber
No comments:
Post a Comment