1Mohd Sayuti Omar
DARI KOTA KINABALU
Mungkin terlalu awal untuk saya
mengatakan Sabah akan tumbang dan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam
pilihan raya umum akan datang. Tetapi kalau orang bertanya saya mengenai
Sabah, saya akan jawab Sabah kini sudah separuh dalam genggaman Pakatan
Rakyat.
Kedudukan Sabah
kini berbanding dengan Sarawak, Sabah lebih bahaya kepada BN. Wajar
kalau Najib Razak perlu kerap turun ke Sabah untuk menyelamatkan
kapalnya yang bakal karam.
Alhamdulilah saya
dapat saksi sendiri apa yang berlaku di Sabah kini. Berbaloilah saya
turun ke Sarawak dan Sabah bagi mengikuti operkembangan yang sedang
berlaku.
Sabah kini ibarat
sebuah kapal yang sedang karam bagi UBN. Makin hari kapal itu makin
senget dan bakal ghaib akan ditelan lautan. Sudah tidak ada iktiar dan
usaha untuk menyalamatkan Sabah. Umno kini hanya boleh berdoa dan
menyediakan mangku untuk menanda air mata saja. Selepas ini ketua
menteri Sabah bukan lagi dari Umno tetapi dari Pakatan Rakyat.
Seorang pegawai
tinggi kerajaan dipetik sebagai berkata, ..Najib bawalah berapa ratus
billion ke Sabah tidak boleh menyelamatkan Sabah. BN akan kalah di
Sabah. Sejajar itu saya teringat kata-kata seorang hartawan Sarawak
malam tadi yang mengatakan dia kini sedang berkempen supaya rakyat
Sarawak ambil duit tetapi undi pembangkang.
Maksudnya wang
tidak akan memberi apa-apa erti dan jaminan lagi untuk Umno selamatkan
Sabah. Rakyat Sabah memang mahukan wang, tetapi kali ini mereka tidak
mungkin akan mengundi BN lagi. Mungkin kerana menyedari itu... dengan
melihat body language rakyat Sabah menyebabkan pegawai kerajaan itu
bermadah demikian. Ertinya Sabah sudah tenat dan sukar untuk diselmatkan
lagi.
Cerita
Sabah akan tumbang ini saya dengar sejak beberapa minggu lagi. Sejak
keberanian Lajim Ukin dan Wilfread Bamburing mengambil tindakan keluar
parti meninggakkan BN. Tindakan itu mencetus semangat baru di kalangan
rakyat Sabah dan menjadi membentuk momentum hari ini. Tetapi saya tidak
begitu yakin kerana saya tidak apat melihat sendiri perkembangan di
Sabah. Menjadi perangai saya sukar untuk mempercayai sesuatu yang hanya
di khabarkan sehinggalah saya lihat, rasa dan alamai sendiri.
Semasa di Makkah
dua minggu lepas juga saya sudah medapat berita berkenaan. Bahawa
berlaku gelombang dan kesesaran politik besar di Sabah. Anihnya
gelombang itu bukan kerana ia meriak dari Kuala Lumpur, tetapi ia
meletus di Sabah sendiri. Gelombang yang bakal menenggelamkan kerajaan
UBN Sabah bukan panggilan dari Kuala Lumpur tetapi ia muncul dari Sabah
sendiri.
Atas tanggungjawab
itu maka saya menyusahkan diri terbang ke Kuching kemudian ke Sabah
untuk semata-mata untuk melihat dengan mata kepala saya sendiri mengenai
apa yang berlaku. Pada catatan permulaan ini saya tidak mahu membongkar
berbagai kepelikan dan keanihan yang berlaku di Sabah yang mengarah
kepada perubahan besar politik di negeri bawah bayu ini. Cukup kalau
saya menyebut pertemuan Anwar dengan para pemimpin politik Sabah tengah
hari tadi mengesahkan kata-kata bahawa Sabah akan tumbang. Para arkitek
politik Sabah sedang merangka bagaimana proses penumbangan itu dan
memikirkan pula bagaimana untuk membangun bentuk politik baru.
Belum pernah
rasanya peristiwa seperti ini berlaku. Dan ini amat menggembirakan Anwar
saya kira yang secara tidak langsung perjuangan Anwar selama 10 tahun
dalam kandang penderitaan sudah disedari akan kepentingan dan
keperluannya. Anwar kini sedang mengutip hasil dari perjuangannya
menyedar dan membela rakyat yang dilakukannya.
Bertempat di
sebuah hotel di bandaraya Kota Kinabalu Anwar mengadakan satu pertemuan
separuh sulit dengan beberapa tokoh politik Sabah. Sebaik tiba di
airport Anwar ke hotel berkenaan. Di situ sudah sedia menanti
tokoh-tokoh politik Sabah untuk berjumpa dengan beliau. Anwar hari ini
diletak sebagai dewa yang akan membuka lembaran baru di Sabah.
Ketika saya
menjenguk masuk ke dalam bilik pertemuan itu ditingkat satu hotel
berkenaan, ternampak Yong Teck Lee, Jefari Ketingan serta beberapa orang
pimpinan kanan PKR dan juga DAP serta beberapa tokoh lain. Sejurus itu
mereka berdua keluar dan menaiki ke tingkat atas untuk bertemu dengan
Anwar. Lajim Ukin dan beberapa tokoh lain sudah pun bersama Anwar,
mungkin dalam bilik peristirehatan Anwar.
Menurut maklumat
pertemuan itu antara lain memulakan rangka kerja lebih mantap bagaimana
hendak menyelaraskan parti-parti politik yang akan memberi sokongan
kepada Pakatan Rakyat. Mungkin formula dicari bagaimana strategi tepat
bagi menumbangkan kerajaan UBN Sabah.
Ikut sama hadir
dalam pertemuan itu ialah pemimpin DAP Sabah dan Kuala Lumpur. Tokoh
yang saya nampak dan kenal ialah Teresa Kok. Pertemuan itu mesra dan
penuh bersemangat. Setiap wajah yang tersapa oleh mata cerita dan
sumringah.
Cuma apa yang
mungkin sedikit mengilankan, saya tidak nampak wakil Pas yang hadir.
Kalau wakil Pas turut sama hadir maka boleh disifatkan pertemuan tengah
hari tadi penting dan menjadi titik tolak ke arah pakatan menyeluruh
untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Musa Aman.
Ulasan selanjut
akan bersambung sekembali ke KL nanti. [k.k sabah. 4:17 pm 11/08/12]
http://msomelayu.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment