myMetro
SUNGAI BULOH: Seorang
suami yang cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit
dengan lelaki lain bertindak ‘gila’ apabila memandu lori tiga tan lalu
merempuh dan melenyek kereta isterinya yang diletakkan di luar pagar
rumah sehingga remuk, malam kelmarin.
Bagaimanapun, isterinya
yang berusia 30-an tiada di dalam kereta berkenaan sebaliknya berada di
rumah ketika suaminya melepaskan geram.
Dalam kejadian jam 11.30
malam di rumah pasangan itu di Taman Suria berhampiran Kampung Desa
Aman, di sini, suami terbabit yang juga pemandu lori naik angin dan
melepaskan kemarahan itu dengan merempuh Myvi SE hitam milik isterinya
beberapa kali sehingga remuk.
Menurut jiran pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Wong, 40, dia melihat suspek pulang ke rumah sejam sebelum kejadian, namun tidak mendengar pergaduhan di antara pasangan itu.
Menurut jiran pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Wong, 40, dia melihat suspek pulang ke rumah sejam sebelum kejadian, namun tidak mendengar pergaduhan di antara pasangan itu.
“Saya nampak lelaki itu masuk ke dalam rumah dan tidak lama selepas itu terdengar dentuman kuat sebelum paip di depan rumah saya pecah dan memancutkan air.
No comments:
Post a Comment