sinar harian
13 September 2012
13 September 2012
NILAI - Nasib 10,200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang
sehingga kini masih belum ditawarkan pekerjaan sebagai guru akan
diketahui pada pembentangan Belanjawan 2013, 28 September ini.
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
berkata, semua graduan terbabit diharap dapat bersabar kerana kedudukan
mereka sebagai guru akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak, pada hari itu.
"Ada timbul isu masalah pengangguran bagi graduan pendidikan kerana
selepas menamatkan pelajaran dan memperoleh ijazah, mereka tidak
ditawarkan pekerjaan di Kementerian Pelajaran.
"Bagaimanapun, kita sudah dimaklumkan masalah ini dan jalan penyelesaian telah pun diambil namun ia hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Politeknik Nilai di sini, hari ini.
Ditanya sama ada Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik untuk para graduan tersebut, Mohamed Khaled berkata beliau sendiri tidak mengetahuinya, namun berharap ia merupakan khabar gembira kepada para graduan terbabit.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata kementeriannya kini
dalam usaha untuk memantapkan mutu program pengajian di politeknik iaitu
dengan menawarkan lebih banyak program-program pengajian peringkat
ijazah.
Katanya, pada tahun ini, politeknik menawarkan lebih 10 program
pengajian peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan
perkhidmatan dan menerima 12,000 permohonan daripada pelajar.
"Program pengajian ijazah ini dilaksanakan sama ada secara berkembar
dengan institusi lain, secara anugerah bersama dengan institusi lain
yang setara atau program pengajian yang dibangun dan dilaksana sendiri
oleh politeknik.
"Apabila jumlah program peringkat ijazah sudah banyak, berkemungkinan
kita akan mempertimbang mana-mana Politeknik untuk diangkat menjadi
Kolej Universiti atau Universiti," katanya.- Bernama
No comments:
Post a Comment