kosmo
NEWARK, New Jersey -
Seorang wanita tidak mengaku salah menyebabkan kematian seorang lelaki
selepas dia didakwa menyuntik silikon melebihi dos sewaktu menjalankan
prosedur membesarkan alat kelamin.
Kasia Rivera, 35, (gambar) tidak mengaku cuai dan menyebabkan mangsa, Justin Street yang berusia 22 tahun meninggal dunia.
Street yang merupakan
bapa kepada dua orang anak dikatakan berjumpa Rivera untuk membesarkan
kemaluannya selepas membaca iklan mengenai perkhidmatan tersebut.
Rivera menjalankan
prosedur itu di rumahnya. Dia yang didakwa tidak memiliki lesen atau
latihan perubatan telah menyuntik silikon ke kemaluan Street. Lelaki
tersebut meninggal dunia keesokan harinya. Ujian perubatan mendapati dia
mati akibat embolisme silikon.
Pasukan penyiasat
percaya Rivera ada melakukan prosedur sama sebelum ini, tetapi tiada
saksi baharu yang tampil. Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$75,000
(RM230,294). Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara
sehingga sepuluh tahun. - AP

No comments:
Post a Comment