02 September 2012
Seorang wanita di New Hampshire, Amerika Syarikat, ditahan polis sebanyak empat kali dalam tempoh 26 jam. Wanita ini, Joyce Coffey terpaksa ditangkap polis kerana laporan tetangganya.
Para jiran rupanya terganggu dengan Joyce yang memutar lagu band metal AC/DC "Highway to Hell" dan lagu keras lain dengan volume yang kuat. Tidak hanya itu, Joyce pun dianggap berbahaya kerana melemparkan penggorengan dari dalam rumahnya.
Mulanya, polis hanya mengeluarkan peringatan. Namun, mereka kembali mendapat telepon dari tetangga hingga akhirnya kembali ke rumah Joyce sejam kemudian. Joyce pun ditahan kerana membuat bising lingkungan dengan muzik kerasnya.
Lima jam setelah diperbolehkan pulang, polis terpaksa datang rumahnya sekali lagi . Joyce pun kembali ditahan. Kemudian dia dilepaskan lagi dan kembali ditahan keesokan harinya. Lagi-lagi kerana muzik yang menggelegar.
Polis kembali menahannya setelah anak saudaranya melaporkan bahawa Joyce memindahkan barang-barangnya. Joyce juga melempari anak saudaranya itu dengan penggorengan.
Seorang reporter televisyen kemudian menyarankan Joyce untuk mendengarkan muzik dengan menggunakan headphone agar tidak lagi singgah di kantor polis .
No comments:
Post a Comment