Sunday, September 2, 2012

Jawapan Anwar tentang HUDUD

Hudud: Perlu selesai isu undang-undang, kata Anwar
sinar harian
2 September 2012
Anwar (kanan) bersama Wan Azizah pada sidang media di Kota Bharu, semalam.
Anwar (kanan) bersama Wan Azizah pada sidang media di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU-  Mana-mana pihak yang ingin melaksanakan hudud termasuk Kelantan perlu melepasi beberapa isu termasuk hal yang berkaitan undang-undang, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, terdapat dua pandangan berbeza mengani pelaksanaan hudud sama ada ia boleh dijalankan dengan mengikut  Perlembagaan Persekutuan sedia adaa dan sebaliknya.

“Berkenaan hudud, ada dua pandangan, ada dua kata ikut perlembagaan manakala satu lagi  tidak, (jika ingin dilaksanakan) ia perlu diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Sarapan Pagi Bersama Rakyat di sini semalam.

Anwar berkata, adalah jelas Barisan Nasional khususnya Umno tidak mempunyai pendirian tetap untuk melaksanakan undang-undang Islam itu.

Sejak Umno ditubuhkan mereka tidak pernah ada hasrat laksana hudud, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menulis memberi amaran supaya hudud tidak dilaksanakan di Kelantan.

“Manakala pendirian kita jelas sama ada sebagai orang Islam dan juga dalam Pakatan, kita memberi kelonggaran di Kelantan kerana mereka sudah melaksanakan sebahagiannya, manakala di peringkat nasional kita memberi ruang  dan masih terikat dengan persekutuan dan perbincangan,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau tidak berminat untuk mengkritik pihak tertentu dengan membawa isu hudud kerana tidak mahu agama dipermainkan.

Dalam pada itu, Anwar  menganggap pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti-parti dalam pakatan pembangkang bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah selesai.

Beliau berkata sekiranya ada cadangan tambahan, mereka akan berunding menyelesaikannya berlandaskan prinsip permuafakatan.

“Kalau ada cadangan baharu kita bincang. Di Kelantan kita anggap sudah selesai, Pulau Pinang hampir selesai,” katanya.

No comments:

Post a Comment