Tuesday, September 18, 2012

Felda: Anak gesa polis siasat Faizoul

Harakahdaily

 18 sept 2012
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa bakal Pengarah Besar Felda, Faizoul Ahmad.

Laporan polis dibuat Presiden Anak, Mazlan Aliman diringi beberapa anggota Anak di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, semalam.

“Kita menuntut pihak berkuasa menyiasat dengan saksama aduan kami ke atas penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Faizoul sepanjang beliau bertugas di Felda.

“Kegagalan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan akan menyebabkan Felda yang telah pun mengalami pelbagai krisis kebelakangan ini runtuh sepenuhnya seperti institusi lain yang dimiliki negara dan orang Melayu yang telah lenyap sebelum ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment