laniismaa
Melihat
sepintas lalu, lihat jarinya, tentu cantik juga orangnya tetapi perangai
huduh!!Dia dikatakan ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa
Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu
siasatan.
Wanita
berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru
melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat. Dia yang bekerja sebagai
operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.
Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.
“Kita
percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia
akibat cedera parah di kepala,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya,
Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.
Bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.
Naya
kau.... kerana nak sedap kau buat zalim dan kini dikenakan tuduhan
membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Si jantannya lari entah
ke mana.
Berhati-hatilah wahai anak muda, kata Papazola....
No comments:
Post a Comment