Menurut
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dalam blognya,polis Terengganu
ada mengunjunginya pada 14 September lalu berhubung insiden yang
menyaksikan gambarnya bersama pemimpin tertinggi PAS Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikencing sekumpulan
lelaki.
Justeru, kata Khalid, beliau menjelaskan, ia berlaku semasa tempoh berkempen dalam pilihan raya umum pada Mac 2008.
Menurutnya lagi, PAS Shah Alam memasang 5 sepanduk besar ukuran 10' x 20' di beberapa lokasi strategik.
"Banner (kain rentang) yang dikencing adalah salah satu darinya dan mungkin ia banner yang dipasang di Seksyen 7," katanya yang berpendapat pihak terlibat bukan warga Shah Alam.
"Itu sahaja maklumat yang ada pada saya.
"Gambar itu jelas menunjukkan kumpulan berkenaan berpakaian baju BN dan mungkin juga merupakan para petugas yang pemasang bendera yang diupah untuk berkerja pada waktu malam."Kenyataan penuh Khalid Samad DISINI.
No comments:
Post a Comment