Harakahdaily
| Salmah Mat Husain, | 07 Sep 2012 |
KOTA BHARU: Walaupun
Pelabuhan Tok Bali belum beroperasi secara rasmi, namun pelabuhan
berkenaan telah ‘hidup’ dengan aktiviti-aktivitinya yang tersendiri.
Pelabuhan itu kini sedang diurus oleh East Coast Terminal Sdn. Bhd sejak beberapa bulan lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata,
menyedari keadaan itu kerajaan negeri telah meluluskan 34 orang
wakilnya ke Dubai untuk mempelajari kaedah pengurusan pelabuhan.
Katanya, peserta dari pegawai kerajaan negeri termasuk ahli Majlis
Daerah Pasir Puteh mengadakan lawatan ke Dubai bagi mempelajari kaedah
membina dan menguruskan pelabuhan.
Beliau berkata lawatan itu akan diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.
“Lawatan ini penting sebagai persediaan kepada perjalanan Pelabuhan Tok Bali yang bakal menjadi pelabuhan terpenting negara.
“Sekarang inipun walau ianya belum siap sepenuhnya, pelancong sering
mengunjungi Tok Bali untuk meninjau perkembangannya,” ujarnya lagi.
Katanya, lawatan kerja itu juga untuk meninjau aspek pelabuhan termasuk menangani hakisan pantai di pelabuhan.
Pecah tanah tapak pelabuhan itu telah disempurnakan dengan rasmi oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada akhir Mac lalu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kota Darulnaim, di sini sempena majlis Aidilfitri Block 1, di sini kelmarin.
No comments:
Post a Comment