Mohd Sayuti Omar
Parti
Islam se Malaysia (Pas) terus mendapat suntikan semangat apabila seorang
kerabat di raja dari negeri pantai timur tanah air akan menyertai Pas
tidak lama lagi. Menurut satu sumber di raja, tokoh berkenaan akan
menyertai parti itu di dalam masa terdekat.
Kata
sumber itu, kerabat di raja berkenaan pernah terlibat dalam politik
sebelum ini. "Dia telah memberi tahu saya akan tujuan berkenaan," kata
sumber berkenaan sambil menambah kerabat di raja berkenaan telah pun
menghubungi pihak Pas.
Tambah sumber itu lagi penyertaan kerabat di raja berkenaan memberi impak besar kepada Pas di negeri berkenaan.
Dari
maklumat lain pula memberi tahu kerabat di raja berkenaan akan muncul
buat pertama kali di pentas Pas pada minggu pertama Oktober ini di
negeri asalnya itu.
Harap penjengok dapat bersabar dengan perkembangan ini. [wm.kl.6:36 pm 28/09/12]
No comments:
Post a Comment