Sabtu, 29 September 2012
Para anak kapal Hong Kong Airlines yang menyaksikan kejadian itu
terkejut apabila mereka melihat seorang lelaki China berusia 52 tahun
bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah pintu kecemasan
pesawat dan kemudian cuba untuk membuka pintu berkenaan.
Nasib baik dia gagal membuka pintu berkenaan dan kakitangan kabin dengan
pantas menghalangnya secara fizikal daripada meneruskan niatnya itu.
"Apabila dia disoal oleh polis, selepas mendarat, lelaki itu berkata dia
berbuat demikian kerana menyangka ia adalah pintu tandas memandangkan
inilah pertama kali dalam hidupnya menaiki pesawat," kata salah seorang
kakitangan pesawat itu.
No comments:
Post a Comment