Tuesday, September 25, 2012

Markas Pas Di Serang !!

24/09/12


Budaya samseng kembali menular,sebelum ini kita dikejutkan dengan simbahan cat oleh segelintir manusia yang tidak bertamadun keatas bas jelajah merdeka milik Parti PKR, kini budaya yang tak senonoh ini kembali aktif.
Terbaru sekumpulan samseng yang tidak di kenal pasti telah melakukan kerja khianat ke atas sebuah markas Pas di kawasan Gelang Patah dengan menyimbah cat serta melontar batu menyebabkan cermin tingkap pecah .
Insiden tersebut amat mengejutkan kerana bukan hanya melibatkan satu markaz malah Markas Utama Markaz PAS Kawasan Gelang Patah yang terletak di Kampung Ulu Pulai juga turut menerima nasib perbuatan khinat tersebut.
Mendukacitakan serta amat dikesali  kerana masih ada yang mengamalkan politik 'JAKUN" yang tidak bertamadun seperti ini . Budaya samseng politik nampaknya kian membarah dan semakin menjadi jadi dalam negara ini. Isu ini  memerlukan  tindakan sesuatu dari pihak berwajib agar gejala ini dapat dihentikan , jangan pandah remeh akan gejala ini mungkin esok akan bertambah parah dengan melibatkan nyawa manusia pula. read more here
 
 

 

Batu vs Kayu

No comments:

Post a Comment