[UM] KUALA LUMPUR 23 Sept. - Pasangan pelakon Rashidi
Ishak dan Vanidah Imran (Vee) digesa segera merujuk kepada jabatan agama
Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah
dalam filem Untuk Tiga Hari.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, lafaz cerai yang
diungkapkan Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu
menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah
tidak sah di sisi agama.
"Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan
seperti kahwin muta'ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka
merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.
No comments:
Post a Comment