Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara
ini.
Dalam
ucapan di majlis dialog anjuran kementeriannya bersama beberapa dewan
perniagaan asing dan polis hari ini, Mustapa berkata perkara itu
ditimbulkan oleh pelabur beberapa kali dalam setahun lalu, pada dialog
sebelum ini.
"Tujuan dialog kerana dalam beberapa dialog dengan dewan perniagaan hal yang berkait keselamatan ada kesan pada pelaburan.
"Saya menjanjikan satu pertemuan untuk menangani isu ini... Kita di sini untuk melihat apa lagi yang kita boleh buat untuk memperbaiki situasi di negara ini," katanya.
Turut hadir di program dialog berkenaan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dan pegawai tertingginya termasuk ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah, ketua polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.
Wakil daripada dewan perniagaan Jepun, Korea Selatan, Eropah, Amerika Syarikat, Jerma dan Taiwan turut menyertai dialog tersebut.
Dalam
ucapan di majlis dialog anjuran kementeriannya bersama beberapa dewan
perniagaan asing dan polis hari ini, Mustapa berkata perkara itu
ditimbulkan oleh pelabur beberapa kali dalam setahun lalu, pada dialog
sebelum ini."Tujuan dialog kerana dalam beberapa dialog dengan dewan perniagaan hal yang berkait keselamatan ada kesan pada pelaburan.
"Saya menjanjikan satu pertemuan untuk menangani isu ini... Kita di sini untuk melihat apa lagi yang kita boleh buat untuk memperbaiki situasi di negara ini," katanya.
Turut hadir di program dialog berkenaan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dan pegawai tertingginya termasuk ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah, ketua polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.
Wakil daripada dewan perniagaan Jepun, Korea Selatan, Eropah, Amerika Syarikat, Jerma dan Taiwan turut menyertai dialog tersebut.
No comments:
Post a Comment