Friday, September 14, 2012

Pakatan Rakyat tiada kaitan dengan laman web ‘suarapakatanrakyat.com’

Pakatan Rakyat telah dimaklumkan tentang kewujudan beberapa artikel yang dimuatnaik dalam laman blog http://suarapakatanrakyat.com/ yang cuba dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat di sini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tiada kaitan apa pun dengan pengendali blog tersebut, dan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk ‘Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak’ yang menyentuh soal tarian sumazau di Sabah, agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman, dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun.
Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
YB Tony Pua
Pengarah Publisiti Kebangsaan DAP
YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi KEADILAN
12 September 2011
Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:

Post a Comment