kosmo
KLANG - Hanya kerana
diejek 'gila', dua lelaki warga Kemboja dipercayai bertindak kejam
memukul dan mencekik seorang kanak-kanak berusia lima tahun sehingga
mati sebelum mayatnya dibungkus lalu dicampak dalam semak di belakang
sebuah rumah di Kampung Sungai Udang di sini kelmarin.
Mayat Syed Rasikin Syed
Ismail ditemui bapanya yang berumur 35 tahun kira-kira pukul 10 malam
ketika gerakan mencari anak tunggalnya bersama penduduk kampung
dijalankan selepas dia didapati tidak pulang ke rumah pada pukul 7
malam.
Kali terakhir Syed Rasikin dilihat ibunya, Asimas, 30, pada pukul 6 petang semasa anaknya bermain di kawasan rumahnya.
Difahamkan ibu bapa
mangsa juga merupakan warga Kemboja dan mereka mengenali suspek kerana
bekerja bersama sebagai tukang jahit di sebuah rumah.
Ketika gerakan mencari tersebut, kedua-dua suspek turut berpura-pura membantu mengesan mangsa.
Ketua Polis Daerah Klang
Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa disahkan
meninggal dunia di sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini sebelum
dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Menurut beliau, seorang jiran yang mencurigai kematian itu telah menghubungi polis dan siasatan mendapati ada unsur jenayah.

No comments:
Post a Comment