Harrakahdaily
| 21 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR:
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memohon agar
Raja-Raja Melayu yang menjadi pelindung agama Islam di negara ini
bertindak untuk menegaskan bahawa orang bukan Islam tidak berhak untuk
memberi komentar yang menyentuh soal hukum Islam di negara ini.
Justeru, Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar)
menegaskan parti politik seperti MCA sepatutnya diingatkan bahawa
mereka jangan menyentuh sensitiviti umat Islam mengenai hukum Islam yang
mereka berhak untuk tuntut dilaksanakan.
Katanya, ucapan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dalam
persidangan MCA semalam yang sekali lagi memuncakkan serangannya kepada
hukum hudud sangat melampau dan tidak harus dikompromi lagi.
“Hanya beberapa hari sahaja sebelum ini hanya dengan bersandar kepada
sebuah tulisan dalam blog yang tidak dikenali, beliau menuduh bahawa
jika hudud dilaksanakan lebih sejuta orang akan kehilangan kerja di
Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pemimpin wanita MCA juga menyatakan pendirian yang
sama bahawa mereka mencurigai bahawa Umno dikhuatiri akan menyatakan
sokongan kepada hudud jika Pakatan berjaya mengambil alih kerajaan
Pusat.
“Kali ini Chua Soi Lek menuding bahawa perlaksanaan hudud di
Negara-Negara Islam dikaitkan dengan amalan korupsi dan negara-negara
yang berada dalam keadaan tidak selamat.
“Konotasi beliau sangat jelas. Hudud tidak mengatasi masalah rasuah
dan jenayah. Inilah pendirian yang mahu beliau tegaskan kepada orang
Islam khususnya disamping kepada pengundi bukan Islam,” ujarnya.
Ini bermakna kata beliau, Chua mahu mengajar orang Islam bahawa hukum
hudud Islam tidak boleh dilaksanakan kerana terbukti negara-negara yang
beliau dakwa melaksanakan hukum hudud adalah antara yang ‘paling
korup’.
No comments:
Post a Comment