(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 16 Oktober: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk
Johari Abdul berkata, dua syarikat kerajaan yang mengalami kerugian
mencecah lebih RM1 bilion berpunca akibat campur tangan politik.
Syarikat tersebut adalah Indah Water Konsortium (IWK) dan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (KL Rapid).
Mengikut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 semalam, syarikat
tersebut masing-masing mencatatkan kerugian terkumpul hingga akhir 2010
iaitu sebanyak RM888.1 juta dan RM293.83 juta.
“Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ditubuhkan kerajaan
dikendalikan secara tidak berhemah. Ini disebabkan penerajunya adalah di
kalangan orang politik yang dianugerahkan jawatan tertinggi oleh
badan-badan tersebut, jadi hasilnya bukan bawa keuntungan, tetapi
kerugian,” katanya ketika dihubungi.
Tambah Ahli Parlimen Sungai Petani itu, IWK yang ditubuh pada zaman
Tun Dr Mahathir Mohamad itu diragui malah membimbangkan kerana perkara
yang bersangkutan dengan kebersihan perlu melibatkan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), bukannya dengan penubuhan syarikat.
“Syarikat yang ditubuhkan itu tidak masuk akal, kenapa urus tangki
najis perlukan syarikat, cukup sekadar PBT yang uruskan. Kalau
kontraktor tak dapat uruskan, bermakna PBT boleh terus ambil tindakan.
“Kerugian boleh dijangka kerana orang politik yang jadi bosnya.
Kalaupun mereka ada kelayakan, masalahnya tiada pengalaman dan ada
kepentingan peribadi,” jelas Johari.
LKAN
2011 turut mendedahkan Kementerian Pertahanan membayar RM3.2 bilion
bagi projek membina kuaters untuk kakitangan yang berkahwin tidak
memuaskan.
Menurut laporan itu, kos asal pembinaan kuarters tersebut dianggarkan
RM1.74 bilion, namun meningkat 80 peratus kepada RM3.21 juta yang
dianugerahkan tender rundingan terus.
Bagaimanapun dalam laporan itu menyebut, sebanyak 25 penyata kewangan
daripada 456 penyata syarikat kerajaan dan agensi di bawahnya diberikan
Sijil Audit Berteguran.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment