Wednesday, October 17, 2012

P Pinang gantung pemasangan AES sementara tunggu kajian

  • Hazlan Zakaria
  • Malaysiakini  Okt 17 2012
 
Pulau Pinang tidak akan meneruskan dengan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik, sementara menunggu kajiannya sendiri berhubung pelaksanaan projek kontroversi tersebut.

NONE"Pulau Pinang akan mengkaji perkara itu sebelum memasang kamera (dan) membincangkan (ia) dengan semua pihak yang
berkepentingan," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng (kiri) dalam sidang akhbar di pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Majlis Kepimpinan Pakatan petang semalam, Lim menyifatkan kamera AES sebagai 'kamera 1Malaysia'.

"Hari ini mereka memanggil semuanya '1 Malaysia', jadi AES boleh jadi 'kamera 1Malaysia'," katanya.

Lim berkata kerajaan Pulau Pinang akan mengkaji secara terperinci sistem tersebut, untuk memastikan ia memenuhi tujuannya menghalang kesalahan trafik, dan bukannya berkhidmat sebagai 'sumber kewangan untuk kroni'.

Ini, jelas beliau, dapat dilakukan kerana pemasangannya akan memerlukan kerjasama dan kelulusan majlis tempatan.

No comments:

Post a Comment