Saman AES: Rompakan ‘berlesen’ di jalan raya
KUALA
LUMPUR 15 Oktober: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merupakan
lanjutan saman ekor. Bagaimanapun, seperti saman ekor yang dibantah
kerana ketidakcekapan dan kelemahan sistem, AES juga menghadapi isu
sama.
Penasihat Undang-undang Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor
(Kase), Zulhazmi Shariff mendakwa kamera AES dalam operasi percubaannya
didapati gagal mengesan dengan tepat angka 0, 6 dan 9.
“Pihak Kase mendapat maklumat yang mendakwa imej dirakam kamera AES
ini sukar membezakan angka 0, 6 dan 9 pada waktu malam pada jarak agak
jauh.
“Kamera AES diuji pada 23 dan 24 September lalu. Sebanyak 952 imej
kenderaan dirakam tetapi lebih 100 imej tidak sah. Kita mahu penjelasan
adakah imej itu tidak sah kerana sistem gagal membezakan angka tertentu
pendaftaran kereta?” katanya.
Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan apakah status sistem AES. Adakah sudah berkuatkuasa atau masih dalam ujian.
“Saman dilaporkan sampai ke alamat penerima dalam lima hari. Tetapi
setelah sebulan tiada seorang pun dapat. Adakah kamera masih dalam ujian
atau ada masalah lain?
“Kita juga mahu penjelasan mengenai 3,842 kemera perangkap had laju
PDRM sedia ada. Kenapa tidak dinaiktaraf kamera tersebut dan kerajaan
mengutip saman?” katanya.
Saman minimum RM300
Zulhazmi mendakwa kerajaan menaikkan had minimum saman trafik
semata-mata untuk memudahkan pengiraan kutipan bayaran saman syarikat
yang mengendalikan AES.
”Jika dahulu pesalah trafik akan dibicara di mahkamah dan denda atas
budi bicara majistret, sama ada RM100 atau RM200. Dengan denda minimum,
syarikat pengendali AES akan mendapat RM16 setiap saman,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

sukanya..
ReplyDelete