Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk tradisional Jin Fei Cao
San Extract Powder 'Sheng Chang' selepas dikesan mempunyai mengandungi racun berjadual 'epherine' dan 'pseudoephedrine'.
Ubat tradisional itu digunakan untuk melegakan selesema, batuk, kahak dan sakit kepala dan dikilangkan oleh syarikat Taiwan, Sheng Chang Pharmaceutical Co Ltd.
Dalam satu kenyataan semalam, kementerian itu berkata Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, telah membatalkan lesen pendaftaran produk yang dipegang oleh Lifecare Essential Sdn Bhd., Kuala Lumpur, pada 27 Sept lepas.
Mana-mana pihak yang memiliki stok produk berkenaan dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk itu serta-merta, katanya.

- Bernama
No comments:
Post a Comment