Ahad, 14 Oktober 2012
relevansokmo
BEBERAPA
penduduk kampung mengangkat labi-labi gergasi seberat 100 kilogram yang
ditemui di Bojonegoro, Jawa Timur, baru-baru ini. - AGENSI
BOJONEGORO, Jawa Timur - Misteri kemunculan seekor labi-labi gergasi
yang sering dilihat penduduk Kampung Pucangarum di sini akhirnya
terjawab selepas haiwan itu ditangkap ketika cuba menyeberangi Sungai
Bengawan Sol.
Malah beberapa penduduk tempatan terpaksa bekerja keras untuk menangkap
labi-labi seberat kira-kira 100 kilogram tersebut dan membawanya ke
darat sebelum dipamerkan kepada orang ramai.
Menurut seorang penduduk kampung, Darun, labi-labi gergasi berwarna
perang itu mempunyai ukuran panjang 1.4 meter dan lebar 93 sentimeter.
Katanya, haiwan amfibia itu dipercayai berusia beratus-ratus tahun berdasarkan warna kulitnya.
"Pada mulanya, kami hanya melihat kepalanya dan penduduk kampung tidak berani untuk menangkapnya," katanya kepada beritatajim.com.
Darun bersama empat rakannya, Wito, Sarijan, Purdi dan Kusni terpaksa
memanggil lebih ramai penduduk untuk membantu mereka menangkap labi-labi
tersebut sebelum membawanya ke darat.
Malah semasa mengangkat labi-labi itu keluar dari air, seorang penduduk
kampung yang dikenali sebagai Kasan mengalami kecederaan di bahagian
tangan akibat digigit haiwan itu.
Beberapa penduduk kampung mendakwa, mereka sering melihat labi-labi
gergasi itu sebelum ini, namun hanya untuk tempoh yang singkat. - AGENSI/utusan

No comments:
Post a Comment