October 14, 2012
KUALA LUMPUR, 14 Okt — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar)
telah menafikan bahawa dia mempunyai sebarang masalah dalam Umno,
dengan berkata isu-isu yang beliau timbulkan kelihatan bercanggah dengan
garis parti kebetulan semata-mata kerana ia berdasarkan hal ehwal
semasa.
“Kenyataan-kenyataan
yang saya keluarkan hanyalah kebetulan, ataupun mungkin keadaan pada
masa itu memerlukan pandangan sedemikian.
“Bagaimanapun setakat ini saya tiada masalah dalaman dengan Umno,
saya juga tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin parti,” katanya
dalam temu ramah khas bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
Ahli Majlis tertinggi Umno, parti terbesar Melayu di negara ini dan
tulang belakang gabungan Barisan Nasional (BN), telah diserang rakan
sekerja kerana dikatakan mengabaikan penduduk di Temerloh baru-baru ini.
Ahli jawatankuasa Umno Temerloh Zainuddin Izarul telah menuduh
Saifuddin suka mencari perhatian untuk meningkatkan kedudukannya
dikalangan orang awam dengan membuat kenyataan bercanggah dengan
pandangan rasmi parti itu sehingga “meninggalkan kewajipannya kepada
pengundi”.
“Komen Saifuddin hanya bertujuan untuk mencari perhatian dan sangat
populis. Beliau seolah-olah tidak dapat membezakan makna di antara
mengeluarkan kenyataan pro-kerajaan dan organisasi pendana yang kuat
menentang kerajaan,” Zainuddin memberitahu akhbar harian berbahasa
Inggeris New Straits Times semalam.
Zainuddin merujuk kepada amaran Saifuddin kepada pemimpin dan
penyokong Umno minggu lepas terhadap memainkan dakwaan bahawa peniaga
mata wang Amerika Syarikat, George Soros membiayai organisasi masyarakat
sivil tertentu untuk menyebabkan kejatuhan kerajaan BN. Saifuddin telah
menasihatkan bahawa dakwaan tersebut boleh berbalik pada gabungan itu.
Jelas Ahli Parlimen Temerloh itu lagi, sikap pragmatik dan
keterbukaan Umno juga tidak memandang kenyataan yang dikeluarkannya akan
menjadi masalah kepada parti.
“Saya tiada sebarang masalah, dalam Umno ... itu adalah keterbukaan Umno.
Jelasnya lagi, keterbukaan Umno bukan hanya bermula sejak selepas
pilihan raya umum 2008, namun sejak parti itu memerintaj negara ini.
“Umno sejak dahulu lagi sentiasa berubah mengikut peredaran masa.
“Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sendiri
beliau pernah mengemukakan idea penubuhan universiti Islam dan sistem
perbankan Islam, yang mana pada masa itu bukanlah perkara lazim untuk
dilakukan Umno,” katanya.
Mengulas pengaruh Dr Nahathir yang dilihat masih lagi wujud di dalam
Umno, Saifuddin menjelaskan, adalah menjadi budaya masyarakat Malaysia
untuk menghormati individu yang lebih tua.
“Dr Mahathir mempunyai pendapat yang relevan, namun bukan semua saranan mahupun cadangannya adalah mutlak.
“Kita tidak pernah melihat Dr Mahathir masih lagi ingin berkuasa, isu
itu tidak timbul,” katanya dan menambah, dalam Umno sendiri tidak
pernah melihat perkara akan menimbulkan keresahan.
“Beliau layak memberikan teguran dan saranan, dan sekiranya wajar, kita akan ambil perhatian.
“Kita tidak pernah pandang sepi kenyataan Dr Mahathir, namun pada
masa sama tidak pula kita anggap itu perkara mutlak yang kita perlu
ikuti,” katanya lagi.
Walau bagaimanapun, kebimbangan ke atas komen Saifuddin tidak terhad
kepada bahagian beliau sahaja sebaliknya termasuklah daripada kalangan
peringkat tinggi Umno yang merasakan pandangan beliau tidak sehaluan
dengan orang-orang parti.
Ahli parlimen berumur 51 tahun itu juga pernah diserang oleh penulis
blog pro-Umno di laman web mereka dan melalui media sosial kerana
ucapannya menyokong kesederhanaan dan politik progresif sebagai tindak
balas terhadap dua perhimpunan awam yang dianjurkan oleh kumpulan
reformasi pilihanraya Bersih dua tahun lalu.
“Terdapat elemen alasan dan kemarahan dari orang ramai dan polis yang
bertindak pelik ke arah wartawan. BN mesti berhati-hati dalam menangani
ini, “katanya berkata di hadapan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada
29 April, sehari selepas pertempuran ganas dan huru-hara antara
demonstran Bersih dan polis di pusat bandar Kuala Lumpur.
Media pro BN dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah
menyalahkan Bersih dan pemimpin pembangkang untuk keganasan yang berlaku
selepas beberapa penunjuk perasaan mencabar arahandari polis dan
penganjur melanggar halangan di sekitar Dataran Merdeka, seperti yang
dirancang oleh penganjur untuk duduk bantah.
Saifuddin terpaksa mempertahankan kenyataan beliau pada hari-hari
selepas itu, berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan pihak
berkuasa Islam untuk mengisytiharkan “fatwa” haram terhadap pergerakan
masyarakat sivil yang menyokong Bersih.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment