31 Oktober 2012
KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan
tahniah kepada polis Kelantan kerana berjaya menumpaskan penjenayah yang
dipercayai menembak anggotanya sehingga menyebabkan cedera parah di
sini.
Beliau juga melahirkan rasa terharu dan bangga terhadap kecekapan polis dalam membanteras jenayah serta bertindak balas dalam kejadian terbabit.
“Tahniah kepada polis Kelantan dan Insya-Allah hari ini saya akan melawat anggota polis yang dirawat di hospital,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Eexco hari ini.
Pagi tadi seorang penjenayah yang dipercayai menembak seorang anggota polis di Gua Musang awal pagi semalam mati ditembak.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, penjenayah tersebut ditembak anggota polis Machang selepas lelaki terbabit dikatakan melarikan sebuah kenderaan di Masjid Paloh, Machang

No comments:
Post a Comment