Malaysiakini
Menteri
hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kertas
siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan, wang
berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong
merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri
Datuk Seri Musa Aman.
Dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen hari ini, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
Dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen hari ini, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
"Jabatan Peguam Negara
telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh
SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan.
"Dana
tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badam Perhubungan Umno
Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri," katanya.
Jawapan
yang dikemukakan Nazri itu juga menyatakan bahawa badan pencegahan
rasuah Hong Kong ICAC tidak mengambil tindakan lanjut berdasarkan
keputusan siasatan SPRM itu.
Permohonan kerjasama ICAC untuk
menyiasat perkara jenayah berhubung akaun bank di Switzerland juga
ditarik balik atas alasan sama, katanya.
Usahawan tersebut yang
dikenalpasi sebagai Michael Chia, ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan
terbang antarabangsa Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40
juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menghala ke Kuala
Lumpur.
No comments:
Post a Comment