
PETALING JAYA: MCA menafikan dakwaan Barisan Nasional (BN) telah
bersetuju untuk membenarkan calon Bebas Hee Yit Fong akan bertanding
kerusi Dewan Undangan Negeri Jelapang mewakili parti itu pada pilihan
raya umum akan datang.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu tidak pernah
membuat sebarang perbincangan bersama Perdana Menteri mengenai
pembahagian kerusi di Perak.
"MCA bahagian Jelapang dan saya belum mempertimbangkan cadangan untuk
membenarkan orang luar bertanding atas tiket MCA," katanya dalam satu
kenyataan pada Khamis.
Pada Rabu, Hee berkata beliau akan mempertahankan kerusinya serta
mendakwa Presiden BN, Datuk Seri Mohd Najib akan mengumumkan maklumat
lanjut mengenainya tidak lama lagi.
Dr Chua berkata bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya memerlukan
sokongan daripada semua parti komponen BN dan apa yang lebih penting
adalah calon yang bertanding bukan hanya menerima sokongan daripada
pengundi, malah parti komponen.
Beliau menegaskan BN merupakan sebuah parti komponen yang mengamalkan
perbincangan serta membuat keputusan secara kolektif dan bukan menjadi
norma mereka untuk membincangkan mengenai pembahagian kerusi dan calon
yang bertanding secara terbuka.
"Hee membuat pengumuman beliau adalah calon bagi Jelapang pada pilihan
raya umum akan datang, tanpa mendapat sokongan daripada MCA bahagian
terutamanya ahli diperingkat akar umbi, adakah kemungkinan dia tidak
menang," katanya.
Hee memenangi kerusi Jelapang atas tiket DAP pada 2008 namun beliau
meninggalkan parti itu dan menjadi wakil Bebas yang menyokong
BN.[mystar]
Fhoto Hee Yit Fong di bakar [arkib]
Batu vs Kayu
No comments:
Post a Comment