November 13th, 2012
Nuriz Ibrahim
Setelah hampir setahun pelakon Bollywood Aishwarya Rai,39
dan Abshek Bachan menyorok dan tidak berkongsi cerita mengenai anak
perempuan mereka, kini mereka sudah bersedia membawa anak mereka di
tempat awam dan menjadi tumpuan ramai. Pada 16 November ini genaplah
setahun umur anak mereka yg diberi nama Aaradhya Bachchan.
Aaradhya didakwa bayi yang paling popular ketika ini di India.

Aishwarya Rai mendukung anak perempuannya di sebuah majlis
penyampaian anugerah Knight of the Order of Arts and Letters yang
diberikan kepada beliau di di Bandra Kurla pada 1 November .
Aishwarya Rai berkahwin dengan Abshek pada 2007.

apa kata aktress jelita , Aishwarya Rai
“Abhishek telah memberi saya anugerah (Aaradhya) yang paling indah
dalam hidup. Saya cukup teruja menjalani kehidupan sebagai seorang ibu,”
ujarnya.
Aktres tersebut turut memberitahu mereka mengalami kesukaran untuk memilih nama Aaradhya sewaktu dia dilahirkan.
Ujarnya: “Selepas empat bulan dia dilahirkan, kami masih belum
mendapat nama yang baik buatnya. Namun akhirnya kami sepakat untuk
memilih Aaradhya sebagai nama bayi pertama kami.
“Aaradhya bermaksud berharga dan nama seperti ini yang memang kami idamkan selama ini.”
No comments:
Post a Comment