Muktamar
PAS ke-58 di Kota Bharu selama tiga hari bermula 16 November ini
dijangka menjadi medan terbaik perwakilan untuk membahaskan usul, isu
dan tindakan mengenai perkara berbangkit menjelang pilihan raya umum
berlangsung.
Walaupun secara umumnya, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor berkata usul dan perbahasan tertumpu kepada pilihan raya, kepimpinan parti itu tidak dapat tidak, bakal berdepan kritikan atau cadangan terhadap isu yang memberi kesan terhadap pendirian PAS.
Antaranya isu yang bakal memanaskan Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) seperti pendirian PAS terhadap kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan beragama, isu negara Islam, hudud dan serangan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, kerjasama PAS-DAP dalam Pakatan serta serangan bahawa PAS telah lari daripada landasan sebenar.
Tidak kurang juga isu prestasi pentadbiran Pakatan khususnya di Kedah selepas Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan kelemahan pengurusan kerajaan negeri dan kemelut kepimpinan.
Persoalannya, apakah isu-isu itu cuba ditenggelamkan oleh PAS daripada terus dibincangkan dengan sebaliknya memfokuskan kepada persiapan jentera parti dalam perbahasan bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang.
Beberapa tokoh PAS dan penganalisis politik yang dihubungi Malaysiakini memberikan pandangan yang berbeza berhubung perkara tersebut.
Menjawab persoalan itu, seorang penganalisis politik menolak tanggapan bahawa PAS tidak akan membincangkan perkara itu sekaligus menjangkakan ia terus akan dibangkitkan oleh perwakilan.
"Muktamar rasmi nanti, semua perkara itu akan dibangkitkan. Kalau tidak boleh dalam (perbahasan) usul, akan bangkitkan dalam ucapan. Kalau tak boleh, akan dibuat usul tergempar. Ia boleh dibuat.
"PAS tidak boleh kawal. Perwakilan akan tetap bercakap apa yang mereka rasakan betul... Tak berbangkit (mahu tenggelamkan isu)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
selengkapnya

No comments:
Post a Comment