Tuesday, November 20, 2012

Gambar wakil rakyat disimbah cat

Wartawan Sinar Harian
20 November 2012
Pei Nei
Imej Pei Nei disimbah cat merah dan dipangkah.
RAWANG - Pihak polis digesa segera menyiasat insiden tiga kain rentang ucapan Deepavali Ahli Parlimen Selayang dan Adun Rawang dirosakkan individu tidak bertanggungjawab 12 November lalu.

Ahli Majlis Zon 17, Gunaraj George berkata, kain rentang dipasang sekitar Bandar Country Homes itu disimbah cat merah dan imej Adun Rawang, Gan Pei Nei dipangkah.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu disifatkannya cubaan sabotaj pihak tertentu.

“Perbuatan itu dikesan pada 12 November lalu sekitar jam 10 malam sewaktu saya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bandar Country Homes dan terlihat kain rentang terletak di tepi jalan disimbah cat merah.

“Selepas meninjau di beberapa tempat lain dan terdapat dua lagi kain rentang sama dirosakkan,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Bandar Country Homes, kelmarin.

Beliau berkata, insiden hampir sama turut berlaku pada kain rentang ucapan Aidilfitri lalu.

“Tiada laporan polis dibuat berhubung permasalahan kain rentang dicabut dan dibuang kerana kami tidak mengesyaki ia berunsur khianat.

“Namun, untuk mengelakkan insiden sama berulang, laporan polis dibuat supaya tindakan dapat diambil dan pihak bertanggungjawab dijejaki,” katanya.

No comments:

Post a Comment