Sunday, November 18, 2012

Hadi: Doa rakyat dizalimi Umno-BN akan dimakbul


sinarharian
18 November 2012
hadi awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KOTA BHARU - Doa rakyat yang teraniaya agar dihapuskan Umno dan Barisan Nasional (BN) akan dimakbulkan oleh ALLAH pada satu hari nanti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, menurut Hadi, dalam al-Quran doa orang yang dizalimi "tiada dinding" dan diterima tuhan walaupun dia seorang kafir.

"Doa hapuskan Umno dan BN boleh dibuat dalam keadaan rakyat tertindas. Orang yang ditindas boleh berdoa kepada orang yang zalim, malah Nabi SAW sebut doa yang kena zalim tiada dinding, tuhan terima walaupun dia seorang kafir," katanya semalam.

Malah, beliau mengingatkan balasan bukan sekarang, dan boleh jadi memakan masa dan akan diterima padahnya.

Justeru, Hadi mengingatkan Kerajaan Umno dan BN supaya tidak berbuat zalim kepada sesiapa termasuk orang bukan Islam.

Tambah Hadi, Umno dan BN parti mendukung ideologi fanatik kebangsaan, yang bercanggah dengan Islam.

"Kita perlu tafsir Umno sebagai parti yang ada ideologi, bukan orang. Umno mendukung fanatik kebangsaan, satu fahaman yang bercanggah dengan Islam.

"Tidak salah sayang kepada bangsa, Melayu sayang Melayu... bahkan wajib sayang kepada keluarga kita. Silatulrahim wajib tetapi sayang kepada bangsa tidak boleh jadi satu akidah, sehingga kita membela bangsa kita walaupun kita zalim.

"Jadi nasionalisme seperti barat yang memisahkan agama daripada kefahaman mengakibatkan fanatik yang membawa kezaliman kepada kaum yang lain," katanya mengulas doa yang dibacakan pada solat hajat yang dianjurkan  pada Himpunan Kebangkitan Rakyat malam kelmarin.

Antara kandungan doa yang dipimpin oleh adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat ialah meminta Umno dan BN dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati.

Doa juga memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang

No comments:

Post a Comment