Wednesday, November 14, 2012
TERKINI! Musa Aman Kini Diburu!
Perang terhadap Ketua Menteri Sabah berterusan!
Hari ini, Jingga 13 Sabah mendesak Musa Aman menjelaskan isu dakwaan penyucian wang haram oleh Bank UBS Switzerland melibatkan kira-kira USD90 juta (kira-kira RM275 juta) bagi pihak Musa dan Michael Chia yang turut didakwa sebagai penamanya.
Laporan
sebuah NGO berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF)
terhadap kes tersebut bakal dibicarakan di Mahkamah Jenayah Persekutuan
Switzerland benar-benar memalukan rakyat Sabah terhadap perbuatan
jenayah yang dilakukan oleh seorang yang bergelar Ketua Menteri Sabah.
Malah sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini,
sejumlah 255 rakyat Malaysia dengan bantuan NGO Switzerland, Bruno
Manser Fund (BMF) memohon diberi status plaintif dalam kes jenayah yang
dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman membuktikan bahawa kes
tersebut sangat serius dan beliau wajar memberikan penjelasan.
Musa
terus mendiamkan diri sama ada melibatkan skandal wang haram RM40 juta
dan kini kes penyucian wang haram di Switzerland yang ternyata turut
melibatkan sejumlah ratusan juta Ringgit Malaysia dan Micheal Chia.
Jingga
13 mendesak agar Musa Aman dengan segera meletakkan jawatan sebagai
Ketua Menteri Sabah sekiranya beliau mempunyai maruah dan harga diri.

No comments:
Post a Comment